British Airways Langgar Dron Semasa Mendarat Di Heathrow - Berita Dunia | mStar

British Airways Langgar Dron Semasa Mendarat Di Heathrow

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pesawat milik syarikat penerbangan Britain, British Airways melanggar objek dipercayai dron ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah, kata polis.

Kejadian di lapangan terbang paling sibuk di Eropah itu menyebabkan siasatan dilancarkan kerana ia bukan kali pertama insiden sama berlaku di situ.

Pesawat Airbus A320 yang membawa 132 penumpang dan lima anak kapal itu berada dalam fasa akhir untuk mendarat di Terminal Lima lapangan terbang berkenaan apabila terlanggar objek tersebut.

“Seorang juruterbang dalam penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Heathrow dari Geneva melaporkan kepada polis bahawa dia percaya dron telah melanggar bahagian hadapan pesawatnya.

"Bagaimanapun pesawat ini mendarat dengan selamat,” kata seorang jurucakap polis London.

Pesawat itu kemudian diperiksa dan dibenarkan untuk membuat penerbangan seterusnya.

Sebuah agensi keselamatan udara di Britain menyatakan, terdapat 23 insiden di mana dron hampir berlanggar dengan pesawat dalam tempoh enam bulan antara April hingga Oktober tahun lalu. – AFP

Tags / Kata Kunci: British Airways , dron , Heathrow
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan