Doktor Israel Menipu Dalam Laporan Bedah Siasat - Berita Dunia | mStar

Doktor Israel Menipu Dalam Laporan Bedah Siasat

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 9:39 AM

Kesan kecederaan yang dipertikai pada muka Julie Pearson akibat dipukul lelaki Israel.

(Ubah saiz teks)

KELUARGA seorang wanita Australia yang ditemui mati di Israel mempertikai laporan bedah siasat daripada doktor di negara berkenaan.

Mangsa, Julie Pearson sebelum ini ditemui mati dipercayai dipukul teman lelakinya ketika melawat suspek di Eilat, Israel.

Bagaimanapun ahli Patologi berkenaan didakwa menipu dalam laporan kematian mangsa dengan mendakwa wanita itu meninggal dunia kerana kematian mengejut.

Berikutan itu, keluarga Pearson yang berada di Australia tidak berpuas hati dengan penipuan tersebut kerana mangsa dikatakan telah dupukul dengan teruk oleh suspek.

Julie Pearson

Tidak cukup dengan itu, keluarga mangsa turut mendedahkan gambar mayat Pearson dengan keadaan cedera di muka akibat dipukul.

Keluarga mangsa turut melabelkan siasatan Israel sebagai memalukan dan bertindak kejam terhadap mangsa.

"Kecederaan pada mangsa dapat dilihat dengan jelas, Ia lebih teruk daripada laporan doktor Israel," jelas keluarga Pearson.

Tags / Kata Kunci: Israel , Australia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan