Gempa Ecuador: Angka Korban Meningkat Kepada 246

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

QUITO: Angka kematian akibat gempa bumi kuat melanda Ecuador pada Sabtu lalu meningkat kepada 246 orang manakala 2,527 lagi cedera.

Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas memberikan angka terbaharu itu ketika melawat kawasan yang musnah di pesisir pantai negara itu akibat gempa.

Glas berkata, terdapat senarai panjang mangsa yang masih hilang dan usaha mencari sedang dilakukan pihak berkuasa.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan senarai mereka yang masih hilang dan berkata angka korban mungkin bertambah. -AFP

Tags / Kata Kunci: Ecuardo , Tsunami

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan