Presiden Myanmar Bebaskan 83 Banduan Politik

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 5:24 PM

Htin Kyaw. Foto AP

(Ubah saiz teks)

YANGON: Presiden baharu Myanmar mengampunkan 83 banduan yang dipenjara kerana jenayah politik, kata pegawai pada Ahad.

Keputusan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas kerajaan baharu diwujudkan tanpa kuasa politik pihak tentera.

Perintah yang ditandatangani oleh Presiden, Htin Kyaw pada Sabtu memberitahu bahawa pengampunan itu bertujuan  mewujudkan "perdamaian sosial dan ketenangan fikiran" sebagai sebahagian daripada tahun baharu Myanmar.

"Setakat yang saya tahu, (semua yang dibebaskan) merupakan orang yang dipertimbangkan oleh kumpulan hak asasi sebagai banduan politik," kata pegawai kanan jabatan penjara kepada Reuters.

Selepas pembebasan itu, masih ramai lagi banduan politik dipenjara, tidak termasuk ratusan berdepan dengan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka di bawah kerajaan terdahulu. - Reuters

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan