Gempa Bumi Kuat Melanda Luar Pantai Ecuador, Tsunami Adalah 'Mungkin'

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

QUITO: Sekurang-kurangnya 28 orang maut di Ecuador apabila gempa bumi 7.8 skala Richter melanda bahagian luar pantai Pasifik di barat laut negara ini lewat hari Sabtu, menyebabkan 'kerosakan besar' berhampiran pusat gempa dan juga di bandar terbesar di Guayaquil.

Kerajaan negara Andean menyarakan penduduk meninggalkan kawasan pantai kerana bimbang berlakunya air pasang selepas kejadian gempa.

Penduduk yang cemas bergerak menuju jalan-jalan ke ibu negara Quito sejauh beratus-ratus kilometer dan bandar-bandar lain di seluruh negara.

"Berdasarkan maklumat awal, terdapat 16 orang maut di bandar Portoviejo, 10 di Manta dan dua di wilayah Guayas," kata Naib Presiden Jorge Glas dalam ucapannya di televisyen.

"Kami terus menerima maklumat."

Institut Geofizik negara menerangkan dalam buletinnya tentang 'kerosakan besar' di kawasan pusat gempa dan di Guayaquil, tanpa memberikan butiran lanjut.

Ia berkata gempa bumi itu melanda kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan pada kedalaman 20 km (12.4 batu).

Gambar di media sosial menunjukkan jambatan runtuh di Guayaquil dan menara runtuh di sebuah lapangan terbang di bandar Manta.

"Saya berada di rumah dan sedang menonton filem apabila segala-galanya mula bergegar. Saya berlari ke luar jalan dan sekarang saya tidak tahu apa yang akan berlaku," kata Lorena Cazares, 36, seorang pekerja telekomunikasi di Quito.

Sebahagian daripada ibu negara terputus bekalan elektrik atau perkhidmatan telefon, dengan ramai di antara mereka berkomunikasi hanya melalui Whatsapp.

Gambar di laman sosial menunjukkan keretakan di dinding pusat-pusat beli-belah.

Kerajaan perbandaran di ibu negara kemudian berkata bekalan telah dipulihkan dan tidak ada laporan mengenai korban di bandar.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata gelombang tsunami dengan ketinggian 0.3 hingga 1 meter di atas paras air pasang adalah mungkin untuk beberapa kawasan pantai di Ecuador.

Peru mengeluarkan amaran tsunami untuk utara negara itu selepas gempa tersebut.
Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Quito

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan