Tiga Maut Akibat Letupan Bom Kereta - Berita Dunia | mStar

Tiga Maut Akibat Letupan Bom Kereta

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 9:55 AM

(Ubah saiz teks)

BUKAVU, Congo: Tiga orang awam terbunuh di sini selepas sebuah bom kereta diletupkan di tei jalan utama pada pukul 5 petang Jumaat.

"Mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki yang berada di dalam kenderaan semasa letupan berlaku.

"Siasatan bagi engesan pihak bertanggungjawab telah dimulakan," kata Datuk Bandar Ibanda, Evariste Manegabe.

Seorang saksi pula memberitahu, dia terdengar letupan kuat sebelum melihat sebuah pecuan empat roda berhenti, di dalamnya terdapat mangsa yang berlumuran darah.

"Bahan letupan itu mungkin dipasang pada kenderaan tersebut atau dibawa oleh mereka yang berada di dalamnya, itu masih belum pasti," kata seorang pegawai polis.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan