Gempa Bumi Di Jepun: Tujuh Disahkan Terbunuh - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi Di Jepun: Tujuh Disahkan Terbunuh

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

MASHIKI, Jepun: Seramai tujuh orang disahkan terkorban dalam gempa bumi kuat yang berlaku di selatan Jepun pada awal pagi Sabtu dan turut menyebabkan tanah runtuh dan kerosakan bangunan tinggi.

Gempa bumi di barat daya Pulau Kyushu itu berlaku sehari selepas satu gempa yang mengorbankan sembilan nyawa di negara tersebut.'

Berikutan tanah runtuh dan kerosakan jalan, beberapa laluan turut terputus ketika ini.

Media tempatan melaporkan, jumlah kematian telah meningkat kepada sembilan orang manakala 760 mangsa lagi mengalami kecederaan.

Lapornya lagi, terdapat mangsa yang masih terperangkap dan jumlah kematian dijangka meningkat.

Selain itu, satu gunung berapi aktif turut meletus berhampiran kawasan gempa berkenaan.

Letusan dalam skala kecil itu dikatakan berkait dengan gempa yang berlaku.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan