Mahkamah Larang Bayi Dinamakan Sempena Racun "Cyanide"

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Seorang wanita dari Wales dilarang menamakan bayi perempuannya, Cyanide, menurut keputusan yang ditetapkan mahkamah negara itu pada Khamis.

Wanita yang identitinya dirahsiakan itu melahirkan pasangan kembar dan berhasrat menamakan bayi lelakinya, Preacher, manakala yang perempuan sebagai Cyanide.

Alasan yang diberi adalah nama sempena racun itu dianggap sebagai yang 'cantik dan menyenangkan' jika dilihat daripada sudut positif kerana ia membantu membunuh pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Bagaimanapun, hasrat wanita itu ditentang pemimpin setempat dan hakim mahkamah keluarga memutuskan untuk menolak permohonan ibu berkenaan yang dikemukakan September lalu.

Hakim itu memutuskan, tindakan wanita berkenaan tidak akan membantu kebajikan anaknya.

Wanita berkenaan bagaimanapun bertindak mencabar keputusan itu sambil berkata, dia berhak memilih nama untuk anaknya.

Bagaimanapun, tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan awal untuk tidak membenarkan anak perempuannya dinamakan Cyanide.

Salah seorang hakim, Eleanor King berkata, ia adalah kes terpencil yang mendorong hakim untuk campur tangan.

"Adalah sukar untuk memikirkan apa yang akan berlaku jika bayi perempuan itu dinamakan sempena racun yang boleh membunuh itu," katanya.

Anak-anak wanita berkenaan kini menetap bersama keluarga angkat kerana ibu mereka mempunyai rekod masalah penagihan dadah dan kesihatan mental.

Tags / Kata Kunci: Wales , Cyanide

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan