Polis Serbu Firma Guaman 'Panama Papers'

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PANAMA CITY: Polis pada Selasa menyerbu ibu pejabat sebuah firma guaman yang bertindak membocorkan malumat mengenai bagaimana pemimpin dari seluruh dunia menggunakan syarikat luar persisir dalam menyembunyikan kekayaan mereka menerusi 'Panama Papers'.

"Polis menerusi Unit Jenayah Terancang melakukan serbuan di Mossack Fonseca tanpa sebarang 'gangguan'," kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menambah, carian bahan bukti turut dilakukan di cawangan firma guaman berkenaan.

Panama Papers didakwa telah dicuri secara digital daripada firma guaman berkenaan sebelum didedahkan kepada umum.

Berikutan pendedahan tersebut, Perdana Menteri Iceland terpaksa meletak jawatan selepas namanya didedahkan sebagai salah seorang pemimpin yang menerima manfaat daripada syarikat luar pesisir.

Selain itu, Perdana Menteri Britain turut dipaksa mendedahkan rekod cukainya.

Presiden Rusia Vladimir Putin yang pula telah mengalihkan perhatian dengan mendakwa ia sebagai propaganda Amerika Syarikat selepas namanya disebut dalam laporan berkenaan.

Pendedahan 11.5 juta dokumen itu turut memberi kesan kepada pemimpin dan individu kaya dari Australia, Perancis, India, Mexico, Peru, Sepanyol selain Malaysia sendiri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan