Etihad Airways Berpatah Balik Demi Pasangan Warga Emas Lawat Cucu Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA:  Perkhidmatan pelanggan Etihad Airways telah dipuji apabila pesawat mereka sanggup berpatah balik di Lapangan Terbang Manchester bagi membolehkan pasangan warga tua melawat cucu mereka yang telah meninggal dunia.

Pasangan itu, yang telah bersiap sedia untuk berlepas ke Australia melalui Abu Dhabi pada 30 Mac, mendapat tahu tentang keadaan cucu mereka hanya selepas mereka menaiki penerbangan, lapor sebuah portal berita.

Ejen pelancongan pasangan itu, Becky Stephenson berkata mereka telah mematikan telefon bimbit apabila mereka kemudian melihat panggilan tidak berjawab daripada menantu lelaki mereka.

"Mereka dibawa berpatah balik di landasan apabila mereka mendapat mesej teks menyatakan cucu mereka berada di unit rawatan rapi dan mereka perlu pergi  ke sana," kata Stephenson.

Pasangan itu telah memaklumkan kepada anak-anak kapal, yang kemudian memberitahu kapten dan kapal terbang pun dibawa ke pintu masuk pesawat, kata Stephensons.

Pada masa yang sama, kakitangan syarikat penerbangan itu telah membantu pasangan itu mendapatkan bagasi dan membantu mereka di lapangan terbang.

Menurut Travel Weekly, kereta pasangan itu telah diambil dari tempat letak kereta dan dibawa ke kawasan ketibaan supaya mereka boleh segera pergi melawat cucu mereka.

Penerbangan itu berlepas selepas pasangan itu dihantar ke pintu pelepasan.

Malangnya, cucu mereka meninggal dunia pada hari berikutnya pada 31 Mac.

"Ia adalah satu perkara sedih yang berlaku kepada pelanggan saya, tetapi adalah sesuatu yang indah apabila Etihad dapat membantu seperti itu," kata Stephenson.

Beliau berkata insiden itu  adalah 'sangat luar biasa'.

"Saya telah berada dalam perniagaan pelancongan selama 25 tahun dan tidak pernah mendengar sebuah syarikat penerbangan akan meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, di atas dan menjangkaui perkhidmatan pelanggan mereka dengan cara seperti itu,"katanya.

"Pelanggan saya begitu bersyukur kerana kakitangan yang sangat membantu dan cara mereka dijaga."

Pasangan itu telah diberitahu bahawa mereka boleh menggunakan tiket itu pada tarikh yang berbeza.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan