Putera William Dan Isteri Jumpa 'Peminat Paling Setia' Mereka Di India

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 11:23 PM

Putera William dan isterinya, Kate Middleton sedang berbual dengan Boman Kohinoor dalam satu pertemuan di Mumbai, Ahad. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Putera William telah membantu memasak 'penkek India' di Mumbai selepas dia dan isterinya Kate Middleton bertemu peminat paling setia mereka di negara itu, menjadikan impian usahawan berusia 93 tahun menjadi kenyataan.

The Duke of Cambridge telah bertemu kumpulan usahawan dan pereka di bandar sebelah barat negara itu sebelum membuat kuih 'dosa' menggunakan alat automatik inovatif yang dipanggil DosaMatic.


Selepas melihat demonstrasi, William dengan senang hati membuat beberapa adunan dan menunggu sehingga 'dosa'  masak sebelum merasa sedikit dan menyatakan bahawa rasanya 'boleh tahan'.

-fotoAFP

"Putera William berkata dia gembira jika mempunyai mesin ini di istananya," kata Ketua Eksekutif Mukunda Foods yang juga pereka alat itu, Eshwar Vikas kepada pemberita.

Hari kedua jelajah mereka di benua kecil India itu berlaku selepas pasangan diraja bertemu pemilik sebuah kafe Parsi yang paling terkenal di Mumbai, Boman Kohinoor, pada petang Ahad.

Kohinoor, 93, mendakwa dia adalah peminat paling setia keluarga diraja British di India dengan meletakkan kadbod gergasi William dan Kate sebagai penghias restorannya.

Dia memberitahu AFP Jumaat lalu, bahawa dia sangat terdesak untuk bertemu dengan pasangan itu.

Impiannya menjadi kenyataan selepas William dan Kate dimaklumkan tentang kempennya di media sosial dengan hashtag #WillKatMeetMe.

Istana Kensington selepas itu menulis di Twitter bahawa pasangan diraja itu sangat terharu dan menjemputnya berkunjung ke hotel mereka sebelum malam gala amal, malam tadi.

Tweet itu turut disertakan dengan gambar pertemuan mereka dengan Kohinoor.

Tags / Kata Kunci: Putera William , Kate Middleton , kuih dosa

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan