Kebakaran Kuil Di Kerala Korbankan Lebih 75 Nyawa, Hampir 200 Cedera

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 10:06 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Lebih 75 maut dan 200 yang lain cedera apabila kebakaran berlaku di sebuah kuil di Kollam, Kerala ketika penduduk tempatan membakar bunga api dan mercun bagi meraikan perayaan keagamaan.

Kejadian empat hari sebelum sambutan tahun baharu Malayalam itu berlaku di kuil Kollam Puttingal pada kira-kira pukul 3.30 pagi Ahad.

Ketua Menteri Kerala, Oommen Chandy dan Menteri Dalam Negeri, Ramesh Chennithala dijangka tiba di lokasi kejadian bagi memantau situasi insiden itu.

Setakat ini, semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Kolej Perubatan Trivandrum dan Hospital Umum Kollam.

Media tempatan melaporkan, bangunan utama kuil itu turut roboh menyebabkan angka kematian dan cedera tinggi.

Bangunan Lembaga Devaworm yang musnah itu menempatkan pihak yang bertanggungjawab mengendalikan kuil di Kerala.

Kebakaran itu merebak dengan cepat hinggakan tingkap kediaman pada jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi kuil itu turut berkecai kerana bahang.


Tags / Kata Kunci: Kebakaran , Kerala , Malayalam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan