Panama Papers: PM Iceland Letak Jawatan - Berita Dunia | mStar

Panama Papers: PM Iceland Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 8:02 AM

Sigmundur David Gunnlaugsson. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

REYJAVIK: Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson meletakkan jawatannya susulan kontroversi pendedahan dokumen Panama Papers mengenai rahsia kekayaan luar pesisir pantai oleh ahli politik dan selebriti.

Dokumen itu mendedahkan perdana menteri berusia 41 tahun itu bersama isterinya mempunyai pelaburan di Kepulauan British Virgin, termasuk hutang di tiga bank Iceland.

Susulan itu, rakyat Iceland menyuarakan kemarahan mereka di atas dakwaan tindakan mahu mengelakkan dikenakan cukai itu, menerusi demonstrasi jalanan.

Gunnlaugsson merupakan mangsa utama pertama dalam pendedahan lebih 11 juta dokumen daripada firma guaman Mossack Fonseca, yang berpangkalan di Panama.

Kesemua dokumen berkenaan mendedahkan butiran kekayaan dan orang terkenal di seluruh dunia yang berjaya mengelakkan cukai. - Wires

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan