Harimau Diisytihar 'Pupus' Di Kemboja

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

PHNOM PENH: Harimau 'secara fungsinya telah pupus' di Kemboja, di mana badan pemuliharaan pada Rabu mengakui perkara ini buat kali pertama apabila mereka melancarkan pelan tindakan berani untuk memperkenalkan semula haiwan ini dengan hutan negara itu.

Hutan kering di Kemboja pernah menjadi habitat kepada puluhan harimau Indochina tetapi Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) berkata perburuan haram secara intensif terhadap harimau itu dan mangsanya telah menyebabkan kepupusan haiwan ini.


Harimau terakhir dilihat adalah pada tahun 2007, menerusi perangkap kamera di wilayah Mondulkiri timur.

"Hari ini, tiada lagi mana-mana populasi pembiakan harimau di Kemboja, dan oleh itu mereka dianggap pupus dari segi fungsi," kata kumpulan pemuliharaan dalam satu kenyataan.

Dalam usaha untuk memulihkan populasinya, kerajaan Kemboja bulan lalu meluluskan rancangan untuk memperkenalkan semula haiwan ini ke dalam hutan Mondulkiri, sebuah hutan yang dilindungi yang terletak jauh di sebelah timur negara ini.

Pelan ini akan menyaksikan sebahagian daripada habitat yang sesuai dilindungi daripada aktiviti pemburu haram dengan  penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat, kata pegawai, sambil menambah tindakan juga akan diambil untuk melindungi mangsa harimau.

"Kami mahukan dua ekor harimau jantan dan lima hingga enam ekor harimau betina sebagai permulaan," Pengarah Jabatan Biodiversiti dan Hidupan Liar di Pentadbiran Perhutanan, Keo Omaliss kepada pemberita.

"Ini merupakan satu tugas yang besar."

Katanya, kerajaan memerlukan $20 hingga $ 50 juta untuk projek itu, sambil menambah rundingan telah dimulakan dengan negara-negara termasuk India, Thailand dan Malaysia yang akan menyediakan sebilangan kecil harimau liar untuk diperkenalkan.

Kumpulan pemuliharaan memuji rancangan itu.

"Ia (harimau) telah diburu sehingga pupus kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah dan kerajaan kini bertindak balas," kata Suwanna Gauntlett dari Wildlife Alliance.

Perburuan haram telah memusnahkan bilangan harimau di seluruh Asia, dengan Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) membuat anggaran baru-baru ini bahawa populasinya di dunia hanya 2,154.
Tags / Kata Kunci: harimau , haiwan pupus , WWF

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan