Mendiang David Bowie Masih Dominasi Carta Jualan Album

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 8:33 AM

David Bowie.

(Ubah saiz teks)

MENDIANG David Bowie masih mendominasi carta jualan album terlaris bagi suku pertama 2016 walapun bintang rock itu sudah meninggal dunia.

Portal Mirror melaporkan beberapa albumnya menduduki carta 10 jualan album terbanyak setakat ini bagi 2016.

Selain Bowie, mendiang Elvis Presley menerusi album 'If I Can Dream' turut tersenarai dalam carta 10 jualan terbaik, berada pada kedudukan ketujuh.

Ini bermakna empat album milik penyanyi yang sudah meninggal dunia berada pada carta 10 jualan tertinggi tahun ini.

Menurut perangkaan Official Charts Company bagi suku pertama tahun ini, album Bowie berada pada tangga kedua dengan gabungan 345,000 jualan.

Bintang rock itu baharu sahaja mengeluarkan albumnya hanya beberapa minggu sebelum meninggal dunia akibat penyakit kanser pada Januari lalu.

Dua albumnya, 'Best Of Bowie' (2002) dan 'Nothing Has Changed (The Very Best of Bowie)' (2014), masing-masing berada pada tangga keempat dan ke-10.

Penyanyi Adele berada pada kedudukan teratas menerusi albumnya, 25, yang mencatatkan gabungan 406,000 jualan tahun ini. - Mirror.co.uk


Tags / Kata Kunci: David Bowie

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan