Penumpang Cetus Kecoh Gurauan 'Hanya Tiga Bom'

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 8:06 AM

Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki yang mahu menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna mencetuskan kekecohan apabila dia memberitahu pihak kastam bahawa dia mempunyai 'hanya tiga bom' di dalam begnya.

Menurut portal Mail Online, penumpang yang melalui pemeriksaan keselamatan terakhir sebelum menaiki pesawatnya itu kemudiannya sekali lagi bergurau dengan mengatakan dia tidak memakai 'tali pinggang berani matinya hari ini'.

Bagaimanapun, gurauan lelaki itu menerima padah apabila pihak berkuasa menahannya untuk menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh.

Memetik laporan The Local, lelaki warga Austria berusia 35 tahun itu didapati tidak membawa sebarang bahan letupan.

Bagaimanapun dia terlepas penerbangannya dan bagasinya telah diambil.

Kebanyakan lapangan terbang ketika ini mengambil langkah berjaga-jaga berikutan insiden serangan berani mati di Lapangan Brussels pada 22 Mac lalu.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan