Panama Papers Bongkar Rahsia Global

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 11:00 AM

Valdimir Putin

(Ubah saiz teks)

PARIS: Sebanyak 11.5 juta dokumen yang diteliti akhirnya mendedahkan urusan rahsia luar pesisir melibatkan penasihat Presiden Rusia, Vladimir Putin , pemimpin dunia dan selebriti termasuk bintang kelab bola sepak Barcelona, Lionel Messi.

Susulan itu, lebih 100 kumpulan media yang menjalankan siasatan akhirnya membongkar aset tersembunyi dalam akaun luar pesisir melibatkan 140 tokoh politik.

Laporan AFP menyebut, semua rekod tersebut diperoleh daripada sumber yang tidak dikenali oleh akhbar harian Jerman, Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi media di seluruh dunia melalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Dokumen-dokumen daripada sekitar 214,000 akaun luar pesisir meliputi tempoh hampir 40 tahun itu datang dari Mossack Fonseca, sebuah firma guaman berpangkalan di Panama yang mempunyai rangkaian pejabat di lebih 35 negara.

Pendedahan yang dikenali sebagai Panama Papers itu mendapat perhatian seluruh dunia.

Siasatan mengenainya mendakwa, mereka yang rapat dengan Putin secara rahsia menyimpan sebanyak AS$2 bilion (RM7.7 bilion) melalui bank dan syarikat palsu.

Seramai 12 pemimpin dunia atau bekas pe­mimpin dinamakan dalam siasatan itu termasuk Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif; Pre­siden Ukraine, Petro Poroshenko dan pemerintah Arab Saudi.

Selain itu, bintang filem Hong Kong, Jackie Chan dan beberapa selebriti sukan turut memiliki akaun rahsia tersebut.

Menurut ICIJ, keluarga Presiden China, Xi Jinping juga mempunyai kaitan dengan akaun luar pesisir, begitu juga mendiang ayah Perdana Menteri Britain, David Cameron.

“Saya fikir kebocoran ini akan menjadi tamparan terbesar kepada dunia luar pesisir ekoran dokumen ini begitu menyeluruh,” kata Pengarah ICIJ, Gerard Ryle.

Salah seorang pengasas firma guaman tersebut, Ramon Fonseca membe­ritahu agensi berita AFP bahawa pendedahan dokumen itu satu jenayah, kejahatan besar dan serangan ke atas Panama.

“Sesetengah negara tidak suka kerana kami sangat kompetitif dalam menarik pelaburan syarikat di seluruh dunia,” katanya. – AFP





Tags / Kata Kunci: Panama Papers , Messi , ICIJ , Putin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan