20 Militan Terbunuh Dalam Serangan Udara

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

BEIRUT: Jurucakap Al-Qaeda Syria bagi kumpulan Al Nusra Front, anak lelakinya dan 20 pejuang lain terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan tentera pada Ahad, kata pemerhati.

"Abu Firas al-Suri, anak lelaki dan 20 pejuang lain antara yang terkorban dalam serangan udara di  Idlib.

"Masih tidak diketahui sama ada serangan itu dilakukan oleh tentera Syria atau Rusia setakat ini," kata pemerhati tersebut, Rami Abdel Rahman.

Jelasnya, Suri dilapor sedang bertemu beberapa pemimpin pejuang lain ketika serangan itu dilakukan.

Akibat serangan itu, ramai pejuang didakwa mengalami kecederaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan