Kepulan Asap Paksa Pesawat Arab Saudi Mendarat Cemas

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

ABHA: Sebuah pesawat Penerbangan Arab Saudi (SV 1794) membuat pendaratan cemas di lapangan terbang di bandar ini selepas mengesan kepulan asap di kawasan penyediaan makanan pesawat itu.

Laporan Saudi Gazette menyebut, kejadian membabitkan pesawat yang dalam perjalanan menuju ke Dammam itu berlaku awal pagi Isnin.

Pentadbiran Lapangan Terbang Abha memaklumkan pihak menara kawalan menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 pagi waktu tempatan yang meminta kebenaran untuk mendarat cemas di lapangan terbang berkenaan.

Laporan mengenai asap di dalam pesawat itu menyebabkan unit bomba dan penyelamat lapangan terbang bersiap sedia sebaik pesawat mula mendarat.

Pasukan keselamatan itu kemudiannya memulakan proses pemindahan dan mengawal punca asap.

Bagaimanapun insiden itu tidak melibatkan sebarang kerosakan harta benda atau kecederaan dan kehilangan nyawa.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Raja Abdullah di Jazan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam.

Kebanyakan penumpang kemudian menaiki penerbangan lain dari Abha ke Dammam pada kira-kira jam 6.20 pagi.

Tags / Kata Kunci: SV 1794 , Abha , Dammam , Saudi Gazette

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan