Enam Letupan Bom Di Pattani, Lima Anggota Polis Cedera

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 12:13 PM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Enam butir bom meletup di sekitar pekan Yaring di sini Rabu malam, menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan di pekan itu selain mencederakan lima anggota polis yang sedang bertugas.

Ketua Polis Daerah Yaring Pol. Kol. Montree Khonwadmai berkata letupan bom itu berlaku sekitar 11 malam, di hadapan sebuah bank, pejabat koperasi, beberapa premis perniagaan dan rumah ketua kampung.

"Kelima-lima anggota polis terbabit cedera apabila sebutir bom diletak di hadapan rumah ketua kampung meletup ketika mereka sedang menjalankan tugas," katanya hari ini dan menambah, kesemua mangsa mendapat rawatan di Hospital Pattani.

Sementara itu, penghuni yang tinggal dalam kedai runcit, Suprani Pechwilai, 66, berkata, beliau dan lima cucunya nyaris maut apabila premis didiaminya itu rosak teruk akibat dibom.

Anggota polis menyelamatkan mereka selepas kejadian itu, katanya.

Menurut Montree, pihak polis percaya 10 suspek terlibat dalam kejadian serangan bom itu tetapi akan menjalankan siasatan lebih lanjut termasuk mengenal pasti individu bertanggungjawab menerusi rakaman kamera litar tertutup.

Tags / Kata Kunci: Pattani , Thailand , Bom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan