Lelaki Bergambar Dengan Perampas Pesawat Sifatkan 'Gambar Selfie Terbaik Sepanjang Hayat'

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang lelaki British yang bergambar dengan perampas penerbangan EgyptAir MS181 berkata dia mahu melihat dengan lebih dekat dan menentukan sama ada tali pinggang bahan letupan yang dipakai perampas itu 'bukan palsu'.

Gambar Ben Innes sedang tersenyum di sebelah lelaki yang menahannya selama lima jam, Seif Eldin Mustafa pada Selasa telah menjadi viral di intenet.

Innes, seorang juruaudit kesihatan dan keselamatan berusia 26 tahun yang berpangkalan di Aberdeen, memberitahu akhbar The Sun: "Saya rasa tak akan rugi apa-apa jika ia adalah benar-benar bom sekali pun, jadi saya mengambil peluang untuk melihatnya dengan lebih dekat. "

Perampas itu, yang memaksa pesawat supaya mendarat di Cyprus, kemudiannya ditangkap dan tali pinggang bahan letupan yang dipakainya didapati palsu.

Innes berkata gambar itu, yang telah diambil oleh anak kapal adalah 'gambar selfie terbaik sepanjang hayat'.

Netizen berkata secara teknikal ia bukan merupakan 'gambar selfie' kerana ia diambil oleh pihak ketiga.

Gambar itu juga telah mencetuskan pelbagai tindak balas yang terdiri daripada hiburan kepada kritikan.

Pensyarah Psikologi Universiti Cambridge Dr Terri Apter memberitahu BBC bahawa tindakan Innes itu 'mungkin merupakan hasil daripada 'narsisisme sebenar'.

Dr Apter berkata: "Kita sentiasa mahu untuk menandakan kehadiran dan penyertaan kita dalam peristiwa-peristiwa sejarah - dengan apa yang baharu adalah peluang menunjukkannya di media sosial untuk dilihat di seluruh dunia.

"Peluang ini boleh membuat kita benar-benar bertindak bodoh."

Pesawat EgyptAir yang membawa 62 penumpang dan anak kapal, termasuk 26 warga asing itu sedang dalam penerbangan dari Alexandria ke Kaherah.

Kebanyakan mereka di atas kapal telah dibebaskan sejurus selepas pesawat itu mendarat di Larnaca, Cyprus, tetapi perampas telah menahan tujuh orang tebusan sebelum kejadian itu berakhir dengan aman.

Dipercayai bahawa Innes adalah salah seorang daripada tiga orang terakhir yang dilepaskan.

Ibu Innes, Pauline telah menghantar sms kepadanya semasa 'drama' itu, memberitahunya supaya menjauhi diri daripada bahaya.

Dia berkata: "Ibu saya  jelas terburu-buru dan bimbang serta terus memberitahu saya untuk tidak berbuat apa-apa yang boleh menyebabkan saya diapa-apakan. Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahunya bahawa saya sudah selesai mengambil gambar selfie dengan perampas."
Tags / Kata Kunci: Ben Innes , EgyptAir , rampasan pesawat

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan