NSS Bantu M'sia Cegah Pemerdagangan Bahan Nuklear

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 11:21 AM

Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) yang akan diadakan Khamis ini di sini membantu Malaysia dalam mengenal pasti dan mencegah pemerdagangan bahan nuklear di dalam dan perairan negara, kata Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata walaupun Malaysia bukan negara yang aktif dalam bidang nuklear, sidang kemuncak itu penting dalam membantu negara mengenal pasti usaha-usaha pihak tertentu dalam menyalahgunakan perkhidmatan perbankan negara untuk penyaluran dana bagi keganasan nuklear.

"Pada asasnya ia adalah untuk mencegah senjata atau bahan nuklear daripada diperdagangkan dan jatuh ke tangan yang salah.

"Bukan hanya membabitkan senjata nuklear tetapi juga bahan nuklear yang boleh digunakan oleh kumpulan pengganas," katanya kepada wartawan Malaysia di Kedutaan Malaysia di sini pada Isnin.

Sidang Kemuncak dwitahunan yang diadakan sejak 2010 itu bagi mencegah keganasan nuklear di seluruh dunia, kali ini akan memberi fokus kepada langkah melindungi plutonium dan uranium gred senjata bagi keganasan nuklear.

Malaysia akan diwakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang kemuncak itu.

Awang Adek berkata 53 buah negara serta Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, Interpol dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa akan menyertai sidang kemuncak pada tahun ini.

Beliau berkata sebanyak 21 presiden dan 15 perdana menteri telah mengesahkan kehadiran mereka.

Katanya Ahmad Zahid dijadual tiba di sini pada Selasa akan diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan pegawai kanan daripada Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia.

Di luar sidang kemuncak itu, katanya Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan Amerika Syarikat termasuk Susan Elizabeth Rice, Penasihat Keselamatan Negara di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama bagi membincangkan kerjasama dua hala yang lebih kukuh dalam hal ehwal perisikan dan keselamatan di antara kedua-dua negara.

Ahmad Zahid juga akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) John Brennan; Timbalan Setiausaha Negara Anthony J Blinken; Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negara Alejandro Mayorkas dan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel Russel, katanya.

Beliau berkata ini adalah kali kedua lawatan Ahmad Zahid ke Amerika Syarikat sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan keempat sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Kekerapan lawatan Ahmad Zahid ke Amerika Syarikat menandakan bertambah pentingnya hubungan Amerika Syarikat dan Malaysia serta kerjasama yang lebih erat," katanya.

Ditanya mengenai usaha untuk memasukkan Malaysia di bawah Program Pengecualian Visa Ke Amerika Syarikat, Awang Adek berkata terdapat kemajuan mengenai cadangan itu.

"Perkara itu akan disentuh oleh Ahmad Zahid ketika berada di sini.

"Biarlah beliau (Ahmad Zahid) menjelaskannya nanti," katanya sambil menambah, Timbalan Perdana Menteri akan turut menyampaikan ucapan dan berdialog tentang  keganasan dan radikalisasi ketika menghadiri sesi khusus di American University pada Sabtu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan