Polis, Tentera Thai Serbu Hotel Jadi Pusat Judi

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 10:53 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Polis dan tentera Thai menyerbu sebuah hotel yang dijadikan pusat perjudian di pekan Sungai Golok, selatan negara itu terletak berhampiran sempadan Kelantan pada Ahad.

Kolonel Champon Klampasut daripada Pusat Pemerintahan Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) berkata serbuan dilakukan hasil maklumat perisikan bahawa hotel didakwa dimiliki rakyat Malaysia itu menjalankan kegiatan perjudian haram.

"Sepuluh bilik hotel berkenaan diubahsuai untuk dijadikan pusat perjudian," katanya kepada pemberita di sini Ahad, sambil menambah serbuan turut dilakukan terhadap dua bangunan berhampiran.

Serbuan kedua dan ketiga dilakukan terhadap bangunan dua tingkat di hadapan hotel berkenaan dan sebuah pub yang terletak kira-kira 500 meter daripada hotel tersebut, katanya.

Beliau berkata kedua-dua bangunan itu juga dijadikan pusat perjudian dan pasukan keselamatan turut merampas 60 komputer, lima peti besi serta dua kereta jenis Mercedes dan Nissan.

Penolong jurucakap ISOC Kolonel Yuttanam Pechmuang pula berkata maklumat tentera mendapati pusat-pusat perjudian itu dikunjungi lebih 1,000 pelanggan setiap bulan, dengan wang pertaruhan mencecah RM10,000. 

Tags / Kata Kunci: pusat judi , Thailand

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan