Komplot Dengan Kontraktor Malaysia, Pegawai Tertinggi Tentera Laut AS Dipenjara

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 1:00 PM

Leonard Francis

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Seorang pegawai tertinggi Tentera Laut Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 46 bulan pada Jumaat kerana memberi maklumat sulit kepada kontraktor Malaysia sebagai pertukaran dengan pelacur dan hadiah mewah.

Kapten Daniel Dusek, pegawai berpangkat tertinggi yang didakwa dalam skandal rasuah tentera laut besar-besaran juga diperintahkan membayar denda AS$70,000 dan AS$30,000 sebagai restitusi (pemulangan) kepada tentera laut.

"Mahkamah benar-benar tidak dapat membayangkan bahawa seseorang, dalam kedudukan anda dengan Tentera Laut Amerika Syarikat akan menjual maklumat dengan apa yang telah diberikan kepada anda - bilik hotel, hiburan dan khidmat pelacur," kata Hakim Daerah AS Janis Sammartino ketika menjatuhkan hukuman itu di San Diego, California.

Dusek, 49, yang mengaku bersalah pada Januari 2015 terhadap konspirasi melakukan rasuah, adalah antara beberapa bekas dan pegawai tentera laut semasa yang didakwa dalam skandal yang melibatkan berpuluh-puluh juta dolar dalam bentuk rasuah.

Pada satu ketika Dusek pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah operasi bagi US 7th Fleet.

Lelaki di tengah-tengah skandal ini, Leonard Francis, turut mengaku bersalah dalam kes ini tahun lalu, mengakui bahawa syarikatnya yang berpangkalan di Singapura, Glenn Defense Marine Asia (GDMA), yang menyediakan perkhidmatan di pelabuhan 'menyuap' Dusek dan mereka yang lain dengan makanan, alkohol, penginapan hotel mewah dan hadiah lain untuk memastikan kapal Tentera Laut AS itu singgah di pelabuhan yang dikendalikan GDMA.


Dalam satu contoh yang diberikan, Dusek mengatur kapal induk USS Abraham Lincoln berhenti di Port Klang, Malaysia, di mana terdapat sebuah terminal pelabuhan milik Francis, menurut kertas pertuduhan.

Kunjungan ke pelabuhan itu pada 2010 menelan kos kira-kira AS$1.6 juta kepada AS, menurut pegawai.

"Pengkhianatan Kapten Dusek adalah yang paling menyedihkan kerana tentera laut diletakkan begitu banyak amanah dan kuasa serta kuasa berada di tangannya," kata Peguam Negara AS Laura Duffy.


"Ini adalah satu hukuman yang sesuai untuk seorang lelaki yang begitu berharga di mana pengkomplotnya melabelkan dirinya sebagai 'aset emas'."
Tags / Kata Kunci: Leonard Francis , rasuah , Daniel Dusek

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan