Mariah Carey Batal Konsert Di Brussels

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Diva pop, Mariah Carey pada Jumaat membatalkan persembahannya di Brussels, menyatakan kebimbangan keselamatan selepas berlakunya serangan bom berani mati yang menyebabkan 31 orang terkorban.

"Saya sayangkan peminat saya di Brussels tetapi pada masa ini saya dinasihatkan untuk membatalkan persembahan saya demi keselamatan peminat saya, band saya, kru dan semua orang yang terlibat dengan jelajah ini," kata bintang Amerika Syarikat  itu dalam satu kenyataan di Twitter.


Mariah yang baru-baru ini memulakan jelajah Eropah di Britain, dijadualkan untuk membuat persembahan di arena Forest National dekat Brussels.

Keputusan itu dibuat walaupun sebelum ini tempat itu dikatakan akan memperketatkan kawalan keselamatan susulan serangan berani mati pada Selasa.

"Tetamu diminta datang awal dan tidak membawa bagasi, beg galas atau beg tangan besar, untuk mengelakkan tindak balas terhadap sebarang permintaan daripada perkhidmatan keselamatan dan sentiasa berwaspada," katanya dalam satu mesej di laman webnya.

Bagaimanapun, veteran rock Perancis Johnny Hallyday akan meneruskan konsertnya pada Sabtu dan Ahad di Brussels, menurut satu kenyataan.

Tetapi beberapa penghibur utama seperti U2 dan Foo Fighters telah membatalkan atau menangguhkan persembahan mereka di Paris selepas serangan pada 13 November yang mengorbankan 130 orang.

Penyerang mensasarkan di ibu negara Perancis termasuk stadium konsert di mana 90 orang terbunuh semasa konsert rocker AS Eagles of Death Metal.

Sehingga kini Belgium masih lagi memburu suspek dalam serangan berani mati di lapangan terbang Brussels dan stesen keretapi metro.

Kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, yang turut mencederakan 300 orang.
Tags / Kata Kunci: Mariah Carey , letupan Brussels

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan