Mangsa Letupan Di Brussels Datang Dari Serata Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 12:30 PM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

BRUSSELS: Di antara 31 orang yang terbunuh dalam serangan di Brussels adalah adik-beradik dari Belanda yang sempat menelefon ahli keluarga mereka sebelum bom diletupkan.

Mangsa-mangsa letupan datang dari serata dunia seperti Morocco, Peru, China, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS), serta dari negara jiran, Perancis dan Belanda.

Sekurang-kurangnya dua rakyat Amerika maut dan beberapa yang lain dilaporkan hilang dalam serangan itu, kata pegawai AS.

Dua adik-beradik warga Belanda, Sascha dan Alexander Pinczowski, yang tinggal di New York selama bertahun-tahun telah bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang pulang ke negaranya apabila dua pengebom berani mati menyerang lapangan terbang Brussels pada pagi Selasa.

Alexander sedang bercakap dengan ibunya apabila panggilan tiba-tiba dipendekkan disebabkan letupan, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Denmark, James Cain yang juga bapa kepada  tunang Alexander.

Mereka adalah antara tiga warganegara Belanda yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

Media tempatan menamakan mangsa ketiga sebagai Elita Weah, 41, yang sedang dalam perjalanan ke majlis pengebumian bapa tirinya di AS.

Pakar komputer British David Dixon, berusia 51 tahun dan merupakan penduduk di Brussels telah menghantar sms kepada ibu saudaranya untuk meyakinkan bahawa dia selamat selepas letupan di lapangan terbang.

Tetapi dia telah hilang dan laporan media berkata, dia dilihat berada di stesen metro apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya kira-kira sejam selepas serangan di lapangan terbang.

Keluarga Dixon berkata berita itu 'amat berat dan dahsyat' dan Perdana Menteri, David Cameron menulis ucapan takziah di Twitter. 'Saya rindukan awak'.

Menurut kenyataan dari London, tujuh rakyat Britain adalah antara yang cedera, di mana tiga daripada mereka masih berada di hospital.

Seorang lagi mangsa, warga Itali yang berusia 48 tahun, Patricia Rizzo dan bekerja di Brussels untuk beberapa bulan telah terbunuh dalam letupan di stesen metro.

Rome mengesahkan kematiannya dan sepupunya Massimo Leone memberikan penghormatan kepadanya di Facebook.

Di Paris, kerajaan mengumumkan bahawa seorang warganya telah meninggal dunia dan 12 rakyat yang lain cedera, dengan tiga daripadanya parah.

Kedutaan China di Belgium juga berkata terdapat rakyatnya yang terkorban tanpa memberi sebarang maklumat.

Tags / Kata Kunci: letupan Brussels , mangsa letupan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan