Suspek IS Serangan Bom Di Brussels Diburu

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 7:41 AM

Suspek IS berpakaian kot putih dan topi hitam (kanan) kini diburu polis dipercayai terlibat serangan bom di lapangan terbang Brussels. Dua lagi lelaki berpakaian hitam melakukan serangan bom berani mati di terminal.

(Ubah saiz teks)

POLIS melancarkan operasi memburu secara besar-besaran terhadap seorang suspek militan Negara Islam (IS) yang melarikan diri dari Lapangan Terbang Brussels selepas dua letupan bom di terminal pada Selasa.

Serangan berani mati itu mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang dan mencederakan ramai yang lain.

Kumpulan militan IS mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan bom berkenaan.

Polis mengeluarkan waran untuk menjejaki lelaki berkenaan yang dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kelihatan menolak troli bagasi melalui kawasan daftar masuk bersama dua suspek lain, beberapa minit sebelum letupan berlaku pada pukul 8 pagi (3 petang waktu Malaysia) Selasa.

Orang ramai berusaha memadamkan kebakaran akibat letupan di terminal lapangan terbang Brussels.

Lelaki yang disyaki sebagai salah seorang suspek berpakaian kot putih dan topi hitam. Dua lagi suspek berpakaian hitam dan memakai sarung tangan hitam di tangan kiri masing-masing.

Menurut Datuk Bandar Zaventem, Francis Vermeiren, bom berkenaan dikatakan disembunyi di dalam beg mereka yang didaftarkan masuk hanya beberapa minit sebelum letupan berlaku.

"Mereka datang dengan menaiki teksi dan membawa beg yang disimpan bom.

"Mereka meletakkan beg-beg mereka di atas troli, di mana dua daripadanya mempunyai bom yang berjaya diletupkan. Mereka juga meletakkan bom ketiga di atas troli tetapi gagal meletup."

Keadaan di dalam terminal lapangan terbang Brussels selepas dibom.

Kedua-dua lelaki meletupkan diri mereka sementara suspek ketiga dipercayai telah melarikan diri keluar dari kawasan terminal.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada suspek bergegas ke stesen kereta api bawah tanah Maelbeek untuk melakukan satu lagi letupan yang mengakibatkan 20 orang maut.

Letupan di stesen itu berlaku selepas kira-kira 70 minit serangan bom di terminal lapangan terbang. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: IS

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan