New York Tingkat Kawalan Keselamatan Selepas Serangan Di Brussels

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: New York dan Washington DC meningkatkan kawalan keselamatan berikutan serangan di Brussels pada Selasa, dengan mengerahkan pasukan elit memerangi keganasan mengawal kawasan sesak dan stesen-stesen kereta api, kata polis.

Jabatan polis New York berkata tidak ada petunjuk bahawa serangan di Belgium akan berkait dengan New York, tetapi mengarahkan langkah-langkah keselamatan ditingkatkan ketika 8.4 juta penduduk di bandar terbesar Amerika itu memulakan hari mereka, Selasa.


"Kumpulan-kumpulan ini telah dikerahkan ke kawasan sesak dan lokasi transit di sekitar bandar bagi meningkatkan keyakinan awam bahawa kita sentiasa mengikuti perkembangan keadaan yang berlaku di luar negara," kata jabatan polis dalam satu kenyataan.

Di ibu negara Amerika Syarikat, polis transit metro berkata anggota rondaan dan unit K9 tambahan akan memulakan kawalan keselamatan sebagai 'langkah berjaga-jaga'.


Polis New York turut membidas pemotongan perbelanjaan membanteras keganasan yang dicadangkan kerajaan persekutuan, menyifatkannya sebagai 'tidak bertanggungjawab' di bandar yang 'diiktiraf sebagai sasaran keganasan tertinggi negara secara meluas.'


Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan bom di lapangan terbang Brussels dan stesen metro bandar pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: letupan Brussels , polis New York

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan