Militan: Kerajaan Thailand Minta Rakyat Salur Maklumat

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 10:47 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kerajaan Thailand meminta rakyat memberi kerjasama dengan menyalurkan lebih banyak maklumat tentang rangkaian militan di wilayah selatan negara itu, susulan serangan nekad yang berlaku di Narathiwat.  Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha berkata kerajaan memerlukan maklumat tentang perkara itu bagi membolehkannya menangani ancaman militan di wilayah berkenaan.

"Kali ini, saya benar-benar meminta rakyat menyampaikan maklumat tentang militan kerana kami memerlukannya untuk memusnahkan rangkaian militan dengan cepat sebab ia menjejaskan perdagangan dan pelaburan (di selatan) serta keselamatan rakyat.

"Kami perlu musnahkan rangkaian itu," katanya kepada media hari ini, apabila ditanya tentang langkah tambahan yang akan diambil kerajaan bagi mengatasi peningkatan serangan ganas militan di wilayah selatan.

Menurut Prayuth, orang ramai boleh menyalurkan maklumat tentang rangkaian militan di wilayah selatan kepada beliau dan pihak berkuasa melalui surat atau dokumen.

Dua hari lepas, militan bersenjata menyerang Hospital Jok Irong di Narathiwat dan melancarkan serangan secara terbuka terhadap pondok kawalan tentera berhampirannya, mencederakan tujuh anggota tentera, tiga daripada mereka parah.

Militan juga melancarkan serangan senjata api dan bom di kawasan lain sekitar Narathiwat.

Menurut pasukan keselamatan Thailand, serangan itu bertujuan memperingati ulang tahun ke-59 Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Prayut berkata kerajaan akan memberi ganjaran bagi maklumat penting yang membolehkannya menghancurkan rangkaian militan di selatan.

Sementara itu, di NARATHIWAT, pemerintah tentera Thailand Kol Siripong Akhan berkata kamera litar tertutup menunjukkan kira-kira 50 militan melancarkan serangan secara cukup terancang terhadap hospital berkenaan.

"Kesemua mereka memakai pakaian hitam dan menutup muka masing-masing. Mereka kelihatan cukup terlatih dan terbahagi kepada beberapa kumpulan kecil, masing-masing dengan objektif tersendiri," katanya.

Serangan itu berlarutan selama kira-kira sejam sebelum militan melarikan diri ke Bukit Tawe, katanya.

Awal hari ini, lebih 300 penduduk kampung yang tinggal berhampiran tempat kejadian mengadakan sembahyang khas bagi memohon keamanan dan keharmonian di kampung mereka.

Dalam pada itu, satu serangan bom dilaporkan berlaku pada 6 pagi ini di daerah Rueso, menyebabkan dua penduduk kampung cedera ringan.

Tags / Kata Kunci: Thailand , Militan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan