Korea Utara Hukum Pelajar AS Kerja Berat 15 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 5:16 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Mahkamah Agung Korea Utara menjatuhkan hukuman kerja berat selama 15 tahun kepada seorang pelajar Amerika Syarikat, Otto Warmbier yang ditahan semasa melawat negara ini kerana melakukan jenayah.

Warmbier, pelajar berusia 21 tahun daripada Universiti Virginia itu ditahan pada Januari lalu kerana cuba mencuri item yang mengandungi slogan propaganda dari hotel di Pyongyang, demikian menurut media Korea Utara sebelum ini.

"Tertuduh membuat pengakuan berhubung kesalahan yang serius terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea," demikian menurut laporan agensi berita KCNA yang dikuasai pemerintah.

Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mengutuk hukuman yang dijatuhkan kepada pelajar daripada Wyoming, Ohio itu.

Agensi berita Kyodo Jepun menyiarkan gambar Warmbier dipimpin keluar dari mahkamah oleh dua pengawal beruniform dengan kepalanya tunduk.

"Hukuman Korea Utara terhadap Otto Warmbier bagi 'gurauan gaya kolej' itu adalah keterlaluan dan mengejutkan," kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Bahagian Asia HRW, dalam kenyataan yang dihantar melalui email.

Tags / Kata Kunci: Otto Warmbier

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan