Budak Lima Tahun Untung 80 Peratus Jual Mainan Di eBay

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

GRACIE Davis hanya berusia lima tahun, tetapi kanak-kanak ini berjaya menjual mainan pada harga £201 (RM1,183) menerusi eBay.

Tambah menarik lagi apabila mainan itu dibelinya pada £2.50 (RM14.71) sahaja.

Bagaimanapun, keuntungan yang diperoleh Gracie ini hasil bantuan ibunya, Jessica Davis.

Berasal dari Farnworth, dekat Bolton, kanak-kanak ini menggunakan wang sakunya untuk mengumpul 'Gemma Bottle 0518' dan secara tidak sengaja ketika melayari eBay, ibunya menemui iklan jualan barangan hampir serupa yang ditawarkan pada harga AS$500.

Susulan itu, kedua-dua ibu dan anak itu mencuba nasib untuk mengiklankan mainan Gracie.

Tidak mengambil masa terlalu lama, tawaran mereka mendapat perhatian dan ia akhirnya menjadi milik pengumpul mainan itu dari Texas, Amerika Syarikat.

"Hanya ada 2,500 Gemma Bottle di seluruh dunia dan Gracie ada sebahagian kecil daripadannya, jadi kami mencuba nasib di eBay," kata Jessica.

Wang yang diperoleh Gracis digunakan untuk menambah koleksi mainannya terutama Shopkins.

"Ternyata Gracie gembira kerana cubaan pertama ini berjaya," katanya.

Tags / Kata Kunci: eBay , Gracie Davis , Bolton

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan