Omar al-Shishani Maut Dalam Serangan Diketuai AS

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Komander ISIS, Omar al-Shishani disahkan terkorban dalam serangan yang diketuai Amerika Syarikat di timur laut Syria demikian menurut pihak Pentagon.

Pemimpin militan yang juga dikenali sebagai Omar the Chechen itu mengalami kecederaan serius dalam serangan pada 4 Mac lalu menyasarkan militan paling dikehendaki dalam sebuah konvoi.

"Kami percaya dia kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami," kata jurucakap Pentagon Kapten Tentera Laut, Jeff Davis kepada AFP.

Ahad lalu, Kumpulan Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia Syria berkata, secara klinikal, Shishani sudah mati beberapa hari lalu. 

Shishani atau nama sebenarnya Tarkhan Batirashvili adalah seorang daripada pemimpin ISIS paling dikehendaki Washington yang menawarkan wang ganjaran berjumlah AS$5 juta (RM20.5 juta). - AFP




Tags / Kata Kunci: Omar the Chechen , Jeff Davis , ISIS

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan