IS Rancang Kehamilan Jamin Bekalan Hamba Seks - Berita Dunia | mStar

IS Rancang Kehamilan Jamin Bekalan Hamba Seks

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2016 12:39 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Kumpulan militan Negara Islam (IS) menggunakan beberapa kaedah pencegahan kehamilan bagi memastikan bekalan hamba seks terus terjamin, lapor akhbar New York Times pada Sabtu.

Laporan itu berdasarkan temuramah dengan puluhan wanita yang berjaya melarikan diri daripada kumpulan militan itu.

Akhbar New York Times melaporkan IS menggunakan "kontraktif secara oral dan suntikan" dan sebahagiannya menggunakan kedua-dua kaedah itu bagi memastikan wanita tidak akan hamil dan 'khimat' mereka dapat terus digunakan oleh anggota militan lain.

"Dalam sekurang-kurangnya satu kes, seorang wanita dipaksa untuk melakukan pengguguran bagi membolehkan dia terus berkhidmat sebagai hamba seks, dan mereka yang lain turut dipaksa berbuat demikian," lapor akhbar itu. - Reuters




Tags / Kata Kunci: IS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan