Lelaki Singapura Ditahan Di Lokap Batam Lari Ke Malaysia Melalui Bot

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 10:55 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang warga Singapura yang ditahan di lokap imigresen Batam kira-kira sebulan lalu kerana menggunakan pasport palsu Indonesia telah melarikan diri ke Malaysia dengan bot, selepas didakwa membayar sejumlah wang yang besar untuk rasuah dan pengangkutan bot, kata polis tempatan.

Damar Bahadur Chettri, 55, menerima bantuan daripada seorang lelaki, dipercayai dari Singapura yang membayar kos pembebasannya, kata polis Batam.

Polis pada Khamis menahan warga Indonesia Manasar Siagian, 49, yang menerima S$40,000 (RM119,350) daripada orang yang dikatakan sebagai rakan sejenayah Damar, kata anggota polis kanan Batam, Helmy Santika.

Manasar didakwa menyerahkan 50 juta rupiah (RM15,690) kepada pegawai imigresen terbabit, yang hanya dikenali sebagai Jul, yang memberikan kad akses dan kunci sel tahanan Damar kepada Manasar, kata pegawai itu.

Manasar didakwa menerima 100 juta rupiah (RM31,400) dan menghabiskan wang selebihnya untuk mengatur perjalanan bot ke Malaysia untuk Damar melalui salah sebuah pelabuhan haram di Batam yang digunakan oleh pekerja Indonesia untuk menyeberang ke Malaysia.

"Kami sedang menyiasat bukti yang dikumpul dari tempat kejadian dan mengkaji maklumat yang diberikan oleh Manasar dalam soal siasat," kata Kolonel Helmy kepada pemberita.

Polis telah mendapat fail CCTV pusat tahanan imigresen dan bukti mengenai aliran dana, katanya.

Damar pertama kali ditangkap di sebuah pulau di kepulauan Riau pada 22 Disember.

Dia ditangkap ketika cuba untuk berlepas ke Malaysia dengan feri menggunakan pasport palsu Indonesia yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan