Tiga Tawanan Abu Sayyaf Muncul Dalam Video Rayu Pembebasan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Tiga warga asing yang diculik oleh kumpulan militan di Filipina hampir enam bulan lalu merayu pembebasan daripada kerajaan apabila penculik mereka yang mempunyai kaitan dengan militan Al-Qaeda itu memberikan tempoh sebulan untuk permintaan mereka dipenuhi.

Ketiga-tiga lelaki asing itu, di mana pihak berkuasa Filipina telah mengenal pasti mereka dua dari Kanada dan seorang dari Norway, telah muncul dalam satu klip video, bersama-sama dengan seorang wanita Filipina yang juga diculik, sedang melutut di atas tanah berserta lelaki bersenjata sedang berdiri berhampiran mereka.

"Untuk Perdana Menteri Kanada dan warga Kanada di seluruh dunia, tolonglah, lakukan apa yang perlu untuk memenuhi permintaan mereka, dalam masa satu bulan atau mereka akan membunuh saya, mereka akan melaksanakan hukuman mati ke atas kami," kata salah seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr John Ridsdel, seorang perunding perlombongan dari Kanada.

Ketiga-tiga mereka digari dan kurus kering, berjanggut dan tidak berbaju. Klip video kira-kira satu setengah minit itu disiarkan di laman Facebook yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamis Filipina.

Keempat-empat mereka diculik dari sebuah resort di sebuah pulau bahagian selatan September lalu. Mereka dipercayai ditahan di dalam hutan di pulau Jolo, kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf.

Seorang lagi lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Robert Hall, juga dari Kanada, berkata dia tidak tahu berapa banyak wang yang dituntut penculik tetapi merayu bantuan segera.

Jurucakap Menteri Luar Kanada berkata kerajaan sedar mengenai video itu tetapi tidak mahu mengulas atau memberikan maklumat baharu, bimbang ia mengancam tawanan.

TVI Pacific yang berpangkalan di Calgary, tempat di mana Mr Ridsdel menjadi perunding separuh bersara, enggan mengulas mengenai perkara ini.

Lelaki ketiga, yang memperkenalkan dirinya sebagai rakyat Norway, Kjartan Sekkingstad, membuat rayuan yang sama.

Ia adalah kali ketiga militan mengeluarkan video rayuan daripada orang-orang tawanan.

Pada November, Mr Ridsdel dalam satu video berkata bahawa kumpulan militan itu telah menuntut satu bilion peso (S$29 juta) bagi setiap seorang daripada mereka.

Jurucakap militan muncul dalam video terkini ini untuk mengeluarkan peringatan tempoh satu bulan namun tidak menyatakan jumlah tuntutan.

"Kami akan melakukan sesuatu yang dahsyat terhadap tawanan-tawanan ini," kata jurucakap itu yang bertopeng.

Tags / Kata Kunci: tawanan Abu Sayyaf , militan , Al-Qaeda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan