Kastam Tahan Wanita Implan Dadah Pada Payudara

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Seorang wanita warga Columbia ditahan di Lapangan Terbang Frankfurt kerana dikesan membawa kokain seberat satu kilogram yang diimplan pada payu daranya.

Tindakannya dikesan pihak kastam Jerman selepas melakukan pemeriksaan ke atas wanita berusia 24 tahun itu.

Pihak berkuasa curiga menemui kesan parut pembedahan yang baharu di bawah payu dara wanita itu, manakala suspek pula mengadu kesakitan.

Wanita itu kemudiannya mengaku membawa dadah yang dimasukkan dalam tubuhnya menerusi pembedahan itu.

Susulan itu, dia dibawa ke hospital berdekatan di mana doktor mengeluarkan dua ketulan kokain seberat 500 gram setiap satu yang dibalut dengan plastik pada implan payu daranya.

Jurucakap kastam memberitahu, nilai dadah berkenaan di pasaran mencecah €200,000 (RM904,000) dan ia dirancang untuk diedarkan ke Sepanyol.

"Ia adalah kes pertama di Jerman di mana dadah diseludup dengan cara ini," kata jurucakap kastam, Hans-Juergen Schmidt.

Wanita berkenaan yang mendakwa mempunyai tiga anak dan bekerja dalam bidang pertanian akan didakwa kerana menyeludup dadah. -- Reuters

Tags / Kata Kunci: payudara , Columbia , Jerman , kokain

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan