Dokumen Peribadi 22,000 Anggota IS Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 10:13 AM

Sebahagian borang maklumat peribadi yang diisi setiap ahli IS ditemui pihak berkuasa baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

DOKUMEN sulit mengandungi maklumat peribadi 22,000 anggota militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq telah dirampas.

Tanpa menyatakan dimana dan bila ia diperoleh, data itu dikatakan merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan ahli keluarga militan terlibat yang sebahagian besar di kalangan warga Britain.

Bekas pegawai risikan United Kingdom (UK) menganggap dokumen itu adalah penemuan terbesar tahun ini dalam usaha memerangi kegiatan keganasaan.

Pakar percaya fail yang ditemui itu dapat membantu pihak berkuasa untuk menangani kegiatan militan terutama anggota kumpulan itu yang menyelusup masuk ke Eropah untuk melakukan serangan.

Pengambilan anggota militan melibatkan 51 negara termasuk UK telah merantau ke Syria dan Iraq bagi menyertai kumpulan itu sebelum bertindak kejam memenggal kepala dan membunuh tawanan tanpa belas kasihan.

Berdasarkan siasatan, data berkenaan dimasukkan pada borang merekrut anggota IS yang luar biasa.

Hanya selepas calon rekrut menjawab 23 soalan pada kad pendaftaran, barulah mereka dibenarkan menyertai kumpulan pengganas yang turut dikenali sebagai Daesh.

Soalan pada borang itu termasuk tarikh lahir, status perkahwinan, pekerjaan, siapa yang mengesyorkan, apakah berpengalaman dalam perang, peranan yang ingin mereka lakukan misalnya penyerang atau mempunyai kepakaran tertentu.

Borang itu juga termasuk maklumat untuk menghubungi ahli keluarga. Malahan, ada nama pada kad pendaftaran itu yang dikenali ramai.

Tags / Kata Kunci: IS , Daesh , Britain

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan