Alaska Airlines Ubah Jadual Demi Gerhana Matahari

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

ALASKA: Penggemar fenomena gerhana matahari menaiki penerbangan dari Alaska ke Hawaii semata-mata untuk menyaksikan kejadian itu pada ketinggian 11,000 meter.

Gerhana matahari berlaku di Malaysia, Indonesia dan negara sekitar Lautan Hindi serta Pasifik pada pagi Rabu selama kira-kira dua jam.

Keghairahan kumpulan ini untuk berada pada masa dan lokasi yang sesuai untuk menyaksikan fenomena itu menyebabkan jadual penerbangan itu dipinda.

Pegawai Planaterium Hayden di New York, Joe Rao telah bertindak menghubungi Alaska Airlines bagi menjelaskan situasi itu dan meminta supaya jadual penerbangan ke Haiwaii itu dipinda.

Mengikut jadual asal, pesawat akan melintasi laluan fenomena itu kira-kira 30 minit lebih awal.

Bagaimanapun, selepas meneliti permintaan kumpulan penggemar gerhana itu, syarikat penerbangan terlibat bersetuju membenarkan pesawat berlepas 25 minit kemudian.

"Ia adalah pengalaman yang jarang dilalui apabila bayangan gelap menutupi keseluruhan matahari," katanya.

Kali terakhir gerhana matahari berlaku pada Mac 2015 dan sebelum itu pada 2012.

Tags / Kata Kunci: Alaska Airline , gerhana matahari , Joe Rao

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan