Bangunan Runtuh Di Lagos: Angka Kematian Cecah 22 Orang - Berita Dunia | mStar

Bangunan Runtuh Di Lagos: Angka Kematian Cecah 22 Orang

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 7:26 PM

(Ubah saiz teks)

LAGOS: Dua puluh dua orang maut dalam insiden runtuhan bangunan lima tingkat yang dalam pembinaan di bandar Lagos di Nigeria, kata pegawai keselamatan pada Rabu.

"Kita menemui empat lagi mayat hari ini selepas menyambung semula operasi mencari, menjadikan jumlah kematian setakat ini seramai 22 orang," kata Ibrahim Farinloye dari Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan kepada AFP.

"Kira-kira 13 orang ditemui selamat di sebalik runtuhan bangunan, dan kesemua mereka dibawa ke hospotal di Pulau Lagos untuk rawatan," katanya.

Kejadian bangunan runtuh berlaku pada Selasa di Lagos, kawasan yang mempunyai penduduk kira-kira seramai 20 juta orang. 

Bagaimanapun masih belum dipastikan punca kejadian yang berlaku selepas hujan lebat.

Farinloye berkata, agensi kerajaan tempatan sedang menjalankan siasatan. - AFP



   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan