Warga China Mengaku Dalang Percubaan Rompak Kedai Senjata Api

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 12:09 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Seorang warga China yang mengaku menjadi dalang dalam percubaan oleh empat rakannya untuk merompak sebuah kedai menjual senjata di Bangkok dua hari lepas menafikan keganasan atau politik sebagai motifnya.

Bercakap melalui seorang penterjemah semasa melakonkan semula percubaan merompak pada Ahad, Yang Zheng, 30, dari Guangxi yang ditahan ketika cuba meninggalkan Thailand pada Sabtu berkata, motif jenayah itu ialah peribadi semata-mata.

"Kesalahan ini tidak berkaitan dengan isu politik tetapi ia disebabkan oleh peribadi dan ia tidak melibatkan motif keganasan. Saya tidak mahu (hubungan) antara Thailand dan China terjejas," katanya kepada pemberita yang berkumpul di tempat kejadian bagi melakonkan semula percubaan itu di sini.

Pemangku Ketua Polis Metropolitan Lt. Jen Sanit Mahathaworn berkata, Yang mengaku semasa siasatan bahawa faktor ekonomi sebagai alasan utama dia mendalangi jenayah itu.

"Saya dapat mengesahkan bahawa (jenayah) itu tidak berkaitan dengan politik atau keselamatan, " katanya sambil menambah bahawa polis Thai juga mendapatkan kerjasama daripada rakan sejawatan dari China.

Yang ditangkap di Nakhon Sawan, utara Thailand semalam semasa menaiki kereta api dalam perjalanan ke sempadan ketika cuba meninggalkan negara itu selepas percubaan merompak itu gagal.

Sehari sebelum dia ditangkap, empat daripada rakan senegaranya yang bersenjata cuba merompak sebuah kedai senjata di kawasan Wang Burapha tetapi gagal kerana pemilik kedai dan pembantunya melawan.

Polis yang dimaklumkan mengenai jenayah itu tiba di tempat kejadian dan menembak tiga daripada lelaki itu dengan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami.

Lelaki keempat diberkas oleh polis Thai semasa bersembunyi dalam sebuah bangunan berhampiran.

Sanit berkata, walaupun lelaki tersebut mengaku menjadi dalang dalam percubaan merompak itu dan motif di sebaliknya, polis akan meneruskan siasatan  kes itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rompakan , kedai senjata

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan