Hanura Desak Indonesia Gubal Undang-Undang LGBT

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 11:00 AM

Beberapa aktivis belia memprotes kegiatan LGBT di Bandung, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PARTI politik Indonesia, Hanura desak kerajaan menggubal perundangan khusus bagi mengawal aktiviti sosial melibatkan komuniti lesbian, gay,biseksual dan transgender (LGBT) di negara itu susulan diskriminasi memuncak terhadap golongan itu.

Undang-undang itu perlu menyenaraikan rehabilitasi dan larangan kegiatan LGBT kata, Setiausaha Agung Hanura, Berliana Kartakusumah yang percaya pengaruh sekeliling menyebabkan seseorang itu berubah menjadi homoseksual atau transgender.

"LGBT adalah penyakit berbahaya dan berjangkit, ia perlu diharamkan, seperti mana kita menghalang komunisme dan penyeludupan dadah," katanya.

Tekanan berterusan terhadap komuniti LGBT mendorong pakar psikiatrik mengisytiharkan golongan itu mengalami masalah mental, manakala ulama pula mengharamkan dan dilarang dalam Islam.

Bagaimanapun, Presiden, Joko Widodo berkata, identiti LGBT menganggap ia penyakit sosial yang boleh diubati dan orang ramai tidak seharusnya bertindak kejam terhadap golongan ini kerana mereka adalah rakyat negara itu.

Pada masa sama, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional (Komnas HAM) menolak saranan mewujudkan undang-undang baharu itu.

"Kerajaan perlu memastikan komuniti LGBT tidak terus dibenci dan membawa kepada tindakan lebih kejam.

"Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi daripada segi pekerjaan, perkhidmatan kesihatan dan kebebasan bersuara," kata Pesuruhjaya Komnas HAM, Indadun Rahmat.

Ia bagaimanapun bertentangan dengan pandangan penasihat Majlis Ulama Indonesia (MUI), Din Syamsuddin yang berkata, hubungan sejenis dilarang dalam Islam.

Bagaimanapun, katanya, umat Islam tidak sepatutnya menunjukkan rasa kebencian terhadap komuniti LGBT.

"Kita tidak sepatutnya membenci, mendera atau mengabaikan mereka, sebaliknya perlu bersimpati dan membantu mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hanura , LGBT , Komnas HAM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan