1 Dalam 29 Bayi Lahir Di Jepun Tanpa Ibu Atau Bapa Warga Tempatan

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

SATU dalam 29 bayi yang dilahirkan di Jepun pada 2014 ada sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapa warganegara matahari terbit itu, demikian data yang diperoleh penganalisa kerajaan.

Data populasi Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan menunjukkan daripada 1.02 juta bayi yang lahir pada tahun berkenaan, dianggarkan 35,000 bayi atau kira-kira 3.4 peratus ada sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapa bukan warga Jepun.

Jumlah itu semakin hampir mencecah rekod tertinggi yang dicatatkan pada 2008 iaitu 3.44 peratus.

Bilangan warga asing bekerja di Jepun adalah antara faktor angka kaji selidik itu diperoleh.

Bagaimanapun, bilangan bayi di mana kedua-dua ibu bapa adalah rakyat Jepun mencecah 15,000 berbanding 20,000 bayi yang lahir daripada pasangan campur sama ada berbangsa Jepun atau tidak.

Kaji selidik berasingan yang dijalankan Kementerian Pendidikan pula menunjukkan, kanak-kanak warganegara Jepun yang belajar di sekolah awam dan memerlukan bantuan untuk mendalami bahasa Jepun semakin meningkat.

Kumpulan kanak-kanak ini berhadapan masalah untuk bertutur dalam bahasa Jepun kerana tidak menggunakan bahasa itu di rumah, demikian penemuan kumpulan sokongan untuk warga asing di negara itu.

Mengikut negara, rakyat China mencatatkan jumlah tertinggi untuk bapa atau ibu warga asing bagi bayi yang lahir pada 2014, diikuti Korea dan Amerika Syarikat untuk bapa warga asing, manakala ibu di kalangan rakyat Filipina adalah yang kedua paling ramai.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan