Tentera Tunisia Tembak Mati Lima Anggota IS

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 11:16 AM

(Ubah saiz teks)

TUNIS: Pihak berkuasa Tunisia menembak mati lima anggota militan IS dalam pertempuran berhampiran sempadan negara itu dengan Libya pada Rabu.

Dalam kejadian itu, seorang orang awam turut terbunuh manakala komandan tentera mengalami kecederaan.

"Pihak berkuasa berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas mendapat maklumat mengenai anggota militan yang menceroboh sempadan sejak tiga hari lalu selepas Tentera Udara Amerika Syarikat menyerang kubu mereka.

"Militan berkenaan telah dibunuh selepas dikepung di sebuah rumah di El Aouija yang terletak 10 kilometer daripada sempadan," kata Kementerian Dalam Negeri Tunisia.

Tambahnya, komandan yang cedera dalam pertempuran tersebut berada dalam keadaan stabil.

Tags / Kata Kunci: Tunisia , Libya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan