Nelayan Temui Mumia Terduduk Dalam Kabin Kapal

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 12:00 PM

Mayat Bajorat dalam keadaan terduduk umpama mumia ditemui dalam kabin kapalnya.

(Ubah saiz teks)

BAROBO: Mayat seorang pelayar warga Jerman ditemui dalam keadaan terduduk di tepi sebuah radio di kabin kapalnya dengan keseluruhan tubuhnya umpama mumia.

Pelayar tersebut dikenalpasti sebagai Manfred Fritz Bajorat, 59 ditemui di perairan Surigao del Sur di sini.

Turut ditemui surat yang dipercayai tulisan Bajorat bagi mengenang isterinya, Claudia yang meninggal dunia akibat kanser pada Mei 2010.

Laporan Dailymail menyebut Bajorat dipercayai cuba membuat panggilan kecemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut nelayan yang menemui kapal layar itu, Christopher Rivas, 23, sedang memancing dengan kawannya apabila ternampak sebuah kapal yang sudah terbalik dan layarnya patah sejauh kira-kira 60 kilometer dari pantai Barobo.

Kapal milik Manfred tersebut yang diberi nama SAYO berdasarkan sebuah buku log disyaki sudah berlayar tanpa arah bertahun-tahun lamanya.

Pihak polis masih mencari waris Manfred dan dan menyiasat punca kematian mangsa.

 
Tags / Kata Kunci: mumia , Jerman , Manfred Fritz Bajorat , Claudia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan