Serangan Siber: Thailand Kelima Di Asia

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

THAILAND kini menduduki tangga kelima daripada 25 negara di rantau Asia melibatkan risiko keselamatan siber tahun lalu, demikian menurut syarikat kawalan perisian internet Romania, Bitdefender.

Diperingkat global, pendedahan negara itu terhadap serangan siber pula berada pada kedudukan ke-11.

Ia berdasarkan kuantiti perisian dengan unsur berniat jahat yang dikesan, kata Pengarah Urusan syarikat itu yang berpangkalan di China, Michal Dominik.

India, Indonesia, China dan Vietnam adalah empat negara yang berhadapan risiko keselamatan siber paling tinggi di Asia.

Di seluruh dunia, 390,000 program berniat jahat baharu dirangka setiap hari berbanding purata 32,000 sehari sejak enam tahun lalu.

Tahun lalu, 60 peratus sasaran melibatkan syarikat kecil dan sederhana kerana ia tidak dilengkapkan dengan peralatan bagi melindungi sistem operasinya daripada serangan siber, manakala syarikat besar yang berhadapan ancaman adalah 25 peratus.

Forbes.com menganggarkan pasaran keselamatan siber global dijangka mencecah AS$170 bilion menjelang 2020, meningkat daripada AS$75 bilion pada 2015, iaitu peningkatan daripada 9.8 peratus dalam tempoh lima tahun.

Tags / Kata Kunci: Thailang , siber , Asia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan