Polis, Tentera Kawal Operasi Roboh Lubuk Maksiat Kalijodo

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

RIBUAN anggota polis dan tentera Indonesia berkawal di sekitar lubuk pelacuran terkenal, Kalijodo bagi memudahkan operasi meroboh bangunan di situ pada Isnin.

Ia susulan keputusan untuk menutup kegiatan yang menimbulkan masalah sosial di negara itu.

Jurucakap polis Jakarta, Senior Komisioner Muhammad Iqbal berkata, ia juga melibatkan kawalan trafik di kawasan berkenaan.

"Kami akan memastikan tidak berlaku sebarang masalah keselamatan, termasuk pergaduhan atau kesesakan lalu lintas," katanya seperti dilaporkan The Jakarta Post.

Pentadbir bandaraya itu mengeluarkan amaran ke tiga dan terakhir kepada penduduk Kalijodo pada Ahad mengarahkan mereka mengosongkan kediaman masing-masing.

Ketua Polis Jakarta, Inspektor Jeneral Tito Karnavian dijadualkan memantau tugas yang dijalankan pegawainya pada Isnin, tambah Iqbal lagi.

Sebelum ini, penduduk Kalijodo meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Indonesia susulan keputusan untuk merobohkan bangunan sekali gus menutup kegiatan di situ.

Bagaimanapun, kerajaan masih bertegas meneruskan rancangan berkenaan kerana bimbang kadar jenayah sosial terus meningkat terutama melibatkan generasi muda.



Tags / Kata Kunci: Kalijodo , Muhammad Iqbal

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan