Lima Kg Ketumbuhan Keluar Dari 'Lelaki Pokok' Bangladesh

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

WARGA Bangladesh yang dikenali sebagai 'Lelaki Pokok' berikutan ketumbuhan yang menyerupai akar yang banyak pada tangan dan kakiknya perlu menjalani belasan sesi pembedahan untuk tempoh sehingga setahun.

Pengarah Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen berkata, sepasukan doktor telah melakukan pembedahan pada tangan kanan Abul Bajandar untuk mengeluarkan beberapa ketumbuhan Sabtu lalu.

Prosedur pada lelaki berusia 26 tahun yang dimasukkan ke hospital bulan lalu dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kilogram ketumbuhan.

Pemuda dari Khulna ini menderita penyakit yang dikenali sebagai Epidermodysplasia verruciformis sejak 10 tahun lalu.

Penyakit kulit yang jarang dialami ini menyebabkan kaki dan tangannya ditumbuhi umpama akar kayu yang menyukarkan kehidupan hariannya. 

"Kami mengeluarkan beberapa ketumbuhan pada tapak tangannya, selain mencuci lula pada jari yang dibedah minggu lalu," katanya.

Berita kaki dan tangannya dipenuhi ketumbuhan yang tersebar menyebabkan ribuan pengunjung membanjiri pekan kelahirannya di selatan Bangladesh sekali gus menjadikannya terkenal.

Kata Bajandar, dia tidak mahu pulang ke kampung selagi kaki dan tangan masih dipenuhi ketumbuhan.

Beliau disahkan bebas penyakit kanser dan susulan itu pasukan perubatan yang mengendalikan kesnya merangka jadual pembedahannya.

Kos pembedahannya akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Bangladesh.

Tags / Kata Kunci: Lelaki Pokok , Bangladesh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan