Pakistan Hukum Gantung Pembunuh Gabenor Liberal

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 11:48 AM

Malik Mumtaz

(Ubah saiz teks)

ISLAMABAD: Pakistan pada Isnin mengesahkan telah melaksana hukuman mati terhadap seorang pengawal peribadi kerana membunuh salah seorang ahli politik liberal terkemuka di negaranya yang mahu pembaharuan undang-undang kekufuran.

Pesalah, Malik Mumtaz Hussain Qadri didapati bersalah menembak mati Salman Taseer yang merupakan Gabenor Punjab dan anggota Parti Rakyat Pakistan (PPP), di luar kedai kopi berhampiran kediamannya di Islamabad pada 4 Januari 2011.

"Saya mengesahkan bahawa Malik Mumtaz telah dihukum gantung di penjara Adialia pada awal pagi Isnin," kata pegawai polis tempatan, Sajjid Gondal.

Berikutan itu, pihak berkuasa anti rusuhan dan ambulans telah ditempatkan berhampiran rumah Malik Mumtaz pada pagi Isnin bagi menghalang kebanjiran orang ramai.

Malik Mumtaz diangkat sebagai hero oleh penduduk Islam Pakistan berikutan ketegasannya terhadap pihak yang cuba mempertikai undang-undang Islam.

Tags / Kata Kunci: Pakistan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan