Polis, Orang Awam Cedera Letupan Bom Di Markas Polis Pattani

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 9:47 PM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan didalam sebuah kereta curi, meletup berhampiran Markas Polis Wilayah Pattani menyebabkan tujuh anggota polis and empat orang awam cedera pada Sabtu.

Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, bom buatan sendiri seberat 20 kilogram itu meletup di hadapan sebuah pondok berhampiran markas polis di wilayah selatan Thailand yang bergolak itu.

"Ledakan kuat bom itu turut memusnahkan dua buah kereta dan beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran, selain menyebabkan kebakaran merebak pantas di beberapa kediaman di markas itu," katanya pada media. 

Enam jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian susulan kejadian letupan itu dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya 40 minit kemudian, katanya. 

Thanongsak berkata kereta itu dilaporkan dicuri daripada pemiliknya, Somsak Dusadipiriya, 51, dalam satu kejadian pada 9.30 pagi Sabtu. 

Dalam kejadian itu, pemilik kereta berkenaan cedera ditembak sebelum kenderaannya dilarikan orang tidak dikenali. 

Polis masih menjalankan siasatan tentang kejadian itu.-Bernama
Tags / Kata Kunci: Letupan Bom , Buatan sendiri , Pattani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan