Ahli Perniagaan AS Dipenjara Tipu Eksport Halal Ke Malaysia - Berita Dunia | mStar

Ahli Perniagaan AS Dipenjara Tipu Eksport Halal Ke Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana melakukan penipuan dalam eksport daging ke Malaysia dan Indonesia yang tidak memenuhi piawaian halal.

Menurut laporan, William Aossey Jr , 74, dijatuhi hukuman penjara dan denda AS$60,000 (RM252,000) oleh Hakim Daerah AS pada Khamis.

Tahun lepas, Aossey didapati bersalah mengarahkan pekerjanya mengubah label pembungkusan produk eksport daging lembu keluaran Midamar Corp, syarikat makanan halal yang diasaskannya 40 tahun lalu di kampung halamannya di Cedar Rapids, kerana mereka tidak memenuhi piawaian halal Malaysia dan Indonesia.

Laporan itu menyatakan dia melakukan kesalahan apabila produk itu datang dari pusat penyembelihan di Minnesota yang tidak diluluskan untuk pengimportan oleh Malaysia dan Indonesia.

Sebaliknya, kakitangan Midamar telah mengubah nombor pusat penyembelihan persekutuan pada produk-produk itu kepada pusat penyembelihan yang diluluskan di Nebraska.

Kes itu dikatakan membabitkan 22 penghantaran produk makanan bernilai lebih AS$740,000 (RM3.1 juta).

Siasatan mengenai perkara itu juga membawa kepada pendakwaan terhadap Midamar, sebuah pertubuhan pensijilan halal serta dua anak Aossey.

Menurut laporan itu, Aossey, anak kepada seorang pendatang Syria, adalah pemimpin dalam masyarakat Islam dan telah menukarkan Midamar menjadi satu jenama yang mengedarkan lebih daripada 200 produk makanan halal.
Tags / Kata Kunci: eksport halal , kes tipu , William Aossey Jr
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan